Saturday, December 17, 2011

Oh, gay beragama ISLAM !

Assalamualaikum wbt kepada semua teman2. Alhamdulillah, sehingga detik ini kita masih lagi bergelar seorang muslim. ISLAM is our way of life :)


Baru-baru ni aku ade terbaca berita pasal lelaki gay Melayu ISLAM pertama yang telah berkahwin dengan kaum sejenis. Astaghfirullah ! tersentak seketika time aku baca tu. mana tak nya, budak pandai dan pintar yang mendapat tajaan Petronas cmtu pon leh jauh tersasar dalam mencari haluan hidup. melanggar fitrah sebagai seorang lelaki.


yes, mungkin ada faktor-faktor yang mempengaruhi dia memilih haluan hidup seperti ini. tapi jika kita renungi kembali mengapa dan kenapa dia sanggup melukakan hati ibu bapanya yang meletakkan sepenuh harapan agar dia boleh membela nasib keluarga kelak. namun, apakah sebab dia melakukan itu semua? mungkin atas dasar nafsu semata? wallahua'lam..tapi sebagai orang yang berpendidikan, kita seharusnya berfikir cara untuk menjauhi perkara yang ditegah dalam agama.


seriously, aku terkejut beruk. dia pon bukan nya calang-calang orang. student medic tu ! aku tak mahu buka aib orang lain, tapi mungkin kisah ni boleh dijadikan iktibar kepada kita semua bahawa ilmu dunia dan ilmu akhirat perlulah seimbang.


ingat tak tentang kisah kaum Nabi Lut yang kita selalu dengar mase kita kecik-kecik dulu tu? haaa, sekarang kisah tu kembali lagi dengan versi moden. nampaknye memang umat islam ni tidak belajar daripada sejarah dulu kan? dalam kitab suci Al-Quran ade menceritakan bagaimana Allah memberi balasan azab kepada mereka.


Dalam surah Asy-Syu'ara' ayat :172-173, yang bermaksud:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain.



Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk
membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk
menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan
(kufur dan maksiat)”.



sama-samalah kita berdoa agar dia diberi sinar cahaya untuk kembali kepada fitrahnya yang asal. jangan sampai Allah memberi azab.


:: diri ini juga masih tercari-cari rentak hidup dalam arus yang serba moden ni. hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari perkara yang menuntut kemurkaan Allah, dan sedaya upaya berusaha untuk mendekatkan diri kepada Nya :)


p/s: if we fulfill Allah's rights, HE will fulfill our rights.

Sunday, December 11, 2011

langit tak selalunya terang..


langit tak akan selalunya terang. samalah juga dengan kehidupan.
tak akan selalunya bahagia. tak akan selalunya berada di atas.

awan berarak mengikut fitrah. yang telah Allah tetapkan. samalah dengan kita. manusia.
kadang kala awan mendung menyapa. memberi khabar yang sukar diterima. tapi harus ditelan jua.

bila langit terang, manusia leka. lupa pada Sang Pencipta langit.
bila langit mendung, ingin mencurahkan isi perutnya ke bumi. manusia tercari-cari langit cerah yang menghiasi.

hujan turun membasahi bumi.


namun, manusia berasa kurang gembira. kufur nikmat Tuhan yang diberi percuma. merasakan kesukaran membuat aktiviti duniawi.
hujan itu adalah rahmat buatmu, wahai hamba Allah.
bersyukurlah..

apabila hujan berhenti, pelangi menonjolkan diri. Subhanallah ! indahnya ciptaan Mu.
baru sedar nikmat sebenar.

setiap apa yang terjadi mesti bersebab. Allah turunkan hujan untuk menghadiahkan kita pelangi indah.
itulah cara Allah memberi hadiah kepada hambaNya yang berfikir.
berfikir. ya, berfikir. itu juga cara untuk kau hargai nikmat akal dari Sang Pencipta..

alhamdulillah. thanks to Allah...:)


pelajari sesuatu dari hidupmu !


jangan takut untuk berubah ke arah yang benar. percaya Allah sentiasa bersamamu.
jika selama ini kau hanyut dek duniawi. tiba masanya kau bangkit dari lena.
menggalas amanah yang tertinggal seketika.
kejarlah kembali masa yang telah kau buang.
bangkitlah. tabur budi untuk agamamu.

jangan takut wahai diri. 
cekalkan hati.
mantapkan peribadi.
agar setanding dengan yang berani.

Allah, ku mohon Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada kami.
hambamu yang selalu lena dan alpa.
jangan Kau biarkan kami terus leka dek arus moden yang menggila.
kami tahu ini ujian dari Mu.
yang tidak akan Kau berikan kepada hambaMu yang tidak mampu.

put your trust in Him :)
wallahua'lam..

Saturday, December 10, 2011

TIPS ATASI ZINA HATI


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Thursday, December 8, 2011

kita tak akan mati sebab kawan.

Assalamualaikum, kengkawan..
maaf..sorry..asif..sebab lama sangat tak update belog..maklum saje la ye, busy je sejak dua menjak ni.
submission for FINAL PROJECT is coming sooOOoonn...dup! dap! dup! dap! memang nebes (nervous) dan takot la jugak. FINAL kottt......!!!

hmm..actually bukan benda ni yang aku nak citer malam ni. but,,


kawan..sahabat..teman..rakan..
pada suatu masa dulu, aku rasakan tak dapat hidup kalo takde kawan di sisi (walaupun kawan gi toilet je jap).
tak tahu la kenapa. mungkin sebab aku dah terbiasa kot. mase di bangku sekolah dulu pun memang aku suka berkawan and ade ramai kawan (syok sendiri). sampai lah sekarang. da bergelar mahasiswi da pon (da besar dan panjang).

tapi lately ni aku rasa aku perlu berdikari sebab aku da tak nak da terlalu bergantung dengan kawan. kalo kita ade masalah, tak semua kawan sanggup spend mase dorang untuk dengar masalah kita. memang la ade tapi tak ramai kan? sebab dorang pon ade life gak. keje dorang pon belambak.

"jangan terlalu bergantung dengan orang lain, takot nanti kau jugak yang susah". ayat ni la selalu bermain di pale hotak aku. jangan salah faham, aku bukan da tak nak berkawan atau bersosial. aku memang suke bersosial. leh rapatkan ukhwah ngan teman2. tapi tak perlu kot 'teman yang rapat sangat2' tu. cukup lah sekadar kawan biasa2 je. nanti klo ade ape2 perselisihan faham, takde lah terasa sangat kan? terasa sangat sampai ke hulu yam. eh, silap. sampai ke hulu hati :p .
tapi bukan bermakna kita tak perlu jaga hati kawan. itu memang dah wajib la kan.

kalau tak pandai jaga hati kawan, baik tak payah ade kawan. betul tak? =,='

sO, aku da decided aku nak berkawan ngan semuaaaaaaaa orang. kawan rapat tu still ade. sampai dia perlukan aku la kot. huhu (ayat tacing je memanjang). hmm..

kawan2 selalu kata aku ni suke tacing la, suke merajuk la.
lantak lah.

yang pasti, aku terima kawan2 aku seadanya mereka.

betul lah,, nak jaga hati kawan susah sangat. apatah lagi nak puaskan hati orang di sekeliling.
memang tak termampu lerr kan..

sO, the best way is by satisfying Him.
with our 'ibadah to Him :)

p/s: to all my friends, please don't misunderstanding ok. i'm just telling what i feel. sorry if it makes you feel unsatisfied.

wallahua'lam...:)

Sunday, November 13, 2011

lemahnya aku =,=

ya Allah..lemahnya aku..
kenapa aku lambat buat sesuatu kerja tu?
nak kena orang push baru cepat sket keje tu..
ape ni..
aku nak berubah!
cepat la berubah sebelum terlambat..
come on !
huhuu...


ya Allah, hanya padamu aku memohon..
Engkau kuatkanlah semangatku dalam jihad ni..
moga dapat buat yang terbaik..
menuju ke jalan Mu..

to my family and friends, please support me :)
and doakan kejayaan saia utk exam mid term ni..
thanks :)

Monday, October 31, 2011

typical thing about women !

Assalamualaikum wbt…

Perempuan dengan hobi mengumpat adalah ibarat isi dan kuku..
Same jugak ngan aku..
Tengah duk saje2 tu ade je topic yang dibualkan..
Kadang2 aku tumpang dengar je..
Tapi dosa nye same je ngan orang yang mengumpat tu..huhu
Selalu nya aku cuba nak elak la, tapi tak semudah yang disangka..
Kadang2 je boleh..sbb iman aku turun naik gak..

Hmm..kena bersihkan hati banyak2 nih..
Perbanyakkan ibadat..
Dekatkan diri kepada Sang Pencipta..
Biar aku tak pernah ade peluang pon nak ambik tau sal orang lain..
Terfikir gak aku..ape yang aku dapat kalo duk ngumpat orang?
Dapat faedah ape?
Dapat makanan free ke?
Dapat top up free ke?
Haraaam nak dapat nye..
Turun dari langit ka? Hoho..
sO, takde faedah ape2 pun duk citer2 sal orang lain..
bukak aib orang watpe..
wake up, dear!
Tolong nasihatkan aku ye kawan2..
Tolong ingatkan aku selalu ye..
Dosa mengumpat tu ibarat makan daging sedara sendiri tau..
Peergghh..! scary dowh..
Cepat2 bangun dari lena !

p/s: baik aku pi cuci longkang daripada duk citer sal hal orang lain..:p
wassalam......:)

Thursday, October 27, 2011

sejauh mana kita bersyukur?


Assalamualaikum, kengkawan semua....:)
hope semua bereh2 deh..
okay, aku nak kongsi sikit la ilmu sal konsep bersyukur nih..
aku pon tengah belaja, sO ilmu tak banyak pn :)
hari tu aku ade pergi halaqah under UIA..
bincang sal topic nih..
sO, aku ase takde salahnya kalo aku kupas sket kat sini kan?

BERSYUKUR atau GRATITUDE
naaa..bese kalo kita bersyukur mesti time bila kita dapat sesuatu yang BEST..
atau ape2 nikmat laa..yang kita suka..
tapi time kita dapat musibah, kita anggap tu sebagai bala atau malapetaka..
salah tuuu..cuba betulkan balik..
Allah tak pernah nak susahkan hamba2 Nya..
takde konsep malapetaka pun dalam hidup ni..
semua yang Allah buat ade hikmah..

kalo kita dapat ujian atau dugaan..
tu bermakna Allah pandang kita..
kan Allah test hamba yang Dia sayang..
tak nak bagi dorang hanyut kat atas dunia ni..
sO, kalo kita dapat ujian
itu tandanya Allah sayaang kat kita!
naaa..justeru, kita pun kena BERSYUKUR gak tau kalo dapat 
ujian atau dugaan..
rasa diri disayangi..ceewaaah!

sebagai contoh ,kalo kita failed exam
atau
 kehilangan orang yang tersayang
atau
ter'excident' or terjadi ape2 yang kita takmo..
pernah tak kita terfikir kenapa Allah buat cmtu?

naaa..kita diberi akal untuk berfikir kan?
bukan untuk menyalahkan takdir
atau
menyalahkan orang lain..
ni dah kehendak Allah..
kita kena terima
kerana ia termasuk dalam rukun iman yang kita kena pegang..
percaya pada qada' dan qadar..

cuba kita fikir positif ea..
kalo kita diberi ujian
kita akan mencari sape lagi utk mengadu kalo bukan Allah?
(kalo yang cari pakwe tu lantak depa laa)
sO, bila kita dapat ujian, kita meratapi,
kita berdoa kpd Allah supaya ujian tu dapat kita hadapi dengan tabah..
(akan mendekatkan lagi diri kita kepada Nya) 
~sesuai dengan firman Allah; Allah tidak akan membebani hambaNya 
jika tidak sesuai dengan kesanggupan mereka~

sO, pikir cmtu akan menguatkan lagi iman kita
dan
husnuzhon kita kepada Allah..
sape kita nak menyalahkan takdir atas ape yang berlaku?
Allah is the Creator..
sO, HE knows what is the best for His servants..
kan3??

wallahu'alam......:)
wassalam.....:p


Wednesday, October 26, 2011

lelaki sekarang dah banyak pupus :p

Assalamualaikum, semua................:)
nape aku cakap lelaki sekarang dah banyak pupus?
ye laa, tanda2 hari kiamat kn perempuan lagi ramai dari lelaki..
ye tak?
tapi bukan pasal tu yang aku nak kupas hari ni..
word 'pupus' kat atas ni refers kepada bilangan lelaki yang berkualiti skrg sudah semakin kecil..

manakan tidak, cuba korang perhatikan berapa ramai je lelaki yang jejak kaki ke masjid?
berapa ramai je yang leh jadi imam?
berapa ramai je yang tak hisap rokok?
berapa ramai je yang menjaga pergaulan?
banyaaaak sekali persoalan nye kan?
tapi setiap persoalan mesti ade jawapan nye..

kalo ditanya pada lelaki2, mereka mahukan wanita yang bagaimana utk menjadi teman hidup mereka..
99.99% akan kata mereka mahukan wanita yang baik2..
perpendidikan..
cantik..
pandai masak..
pandai layan suami..
dan sebagainye laa..
tapi pernah ke dorang terfikir yang wanita juga ada taste dan target utk bakal suami mereka?

kalau taste aku tak banyak pun..
lelaki yang boleh jadi imam dalam solatku..
menjadi ayah yang baik untuk anak2 ku..
hormat orang lain (tak kesah org tua or muda)
boleh bagi nafkah secukupnya kpd kami sekerluarga..
bagiku itu sudah memadai..
ciri2 yang lain hanya sebagai bonus untuk ku..

jodoh kan di tangan Allah..
walau berkasih bagai nak rak pun, kalo Dia tak izinkan, jgn mimpi leh lawan takdirNya..
Ya Allah, Engkau kurniakan lah kepada ku suami yang terbaik untukku..
kerna hanya Engkau shj lah yang Maha Mengetahui siapa yang terbaik utkku..:)

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)
wallahu'alam..............)

Tuesday, October 25, 2011

jalan-jalan buat keje.. 6th project-URP

Assalamualaikum, kawan2..!
haaa..ari ni aku ade citer panas..baekk punye.....cilok.
hahaa..
takde laa..gurau je..
panas tak panas gak, suam2 kuku je laa..hehe

hari ni kitorang kena gi site..(utk project ke-6)
site?? ye laa..tapak project. bkn tapak kaki atau tapak sulaiman :p
ktorang dibahagi mengikut group..
sO, berjalan lah kami mengikut group..(ayat ape ni? huhu)
ooppsss, sebelum tu ktorang gi dengar briefing dulu kat MPS (Majlis Perbandaran Selayang)
banyak gak info yg ktorang dapat..
tapi yg paling penting............
dapat makan nasi lemak free kat situ..!
yezzasss~~ haha
pas ciap sume, ktorang pon slow2 la berangkat pegi ke site (Kg. Sg. Pusu).
ok, jalan punye jalan..kat dalam hutan tu la..
terdetik kat dalam hati betapa indahnya ciptaan Allah..
kagum..
kagum dengan fauna yang pelbagai species..
cicak kubeng, crazy frog, kumbang bkn seekor, patung2 domo-kun dan byk species lg la hehe (ayat mcm tipu).
kagum dengan flora yang menghijau (ade jgk yg da kuning, merah, kelabu asap) :p
walau terer cmne pon manusia tu, takkan mampu wat serupa dengan ciptaan Allah ni..
aikk, da lari tajuk da sket..

okay, ktorang pon snap la sket gambar2 utk project ni..
tajuk group aku flora and fauna..
sO, ktorang snap la seberapa byk flora fauna yang ade kat situ..
nak tgk gambar?? alaaa, jap la..tak abis cter lg ni..hehe

dalam pada duk berjalan tu, tiba2 bunyi anjing mengiaw..
mengiaw? eh, silap..bunyi anjing menyalak..hehe
peerghh..kecut perut dibuatnye..
ye laa, kang tak pasal2 kena samak plak kang..
hoho..tak suka :(
ktorang pon cepat2 la blah..
fuhh..selamat..heheee~~

macam2 halangan yang ktorang kena lalui..
gaung, bukit bukau..dengan panas terik mentari plak tuh..
peerrghh! dugaan2..
"lapaq ayak"..ayat common yg kuaq dari mulut si ashraf..
bukan ashraf muslim atau ashraf sinclair, tapi ni ashraf ayoib..
group leader kami tp songehnye lbh byk drpd kami..
hahaa..
tp yang pasti ktorang penat sangaaaattt...:(
pffpffpff...(bunyi org penat cmtu la kan? hehe)


okay laa, penat aku ni pon tak abis lagi..
sO, korang tgk la gambar2 kat bawah ni..
utk tatapan UMUM (U) hehe..>>
okay, kita start kat MPS dulu..
punye la lame dia bagi briefing ,sampai nak terlelap aku dow..haish


cane? ade style planner tak? style en? haaaa..

~nape tunjuk tanda 'best'?
oowh..seat bus ni best kot..hehe

~ayuh kawan2 kita ke hutan..
mcm nak gi camping pon ade gak kn? style2..hehe

~ambik gambar ape tu dik? hehe

"..roger2..group flora fauna terjumpa anjing, over.."


"..jika kau fikirkan kau boleh,
kau pasti boleh melakukan.."
(walau aku hampir2 da nak terjatuh kat situ..ngee~)

~ni pokok2 biasa~

~ni pokok yang kena preserve..
ukur liitan lebih dari 0.8cm


sedih betol tgk keadaan cmni..
abis hutan ditarah..hmm..

haaa..tudiaaaaaaa ashraf yg aku cter kat atas td tu..
~bergambaq ngan farah aznil. cc.co~

..selamat tinggal hutan..
tataaa..nanti kitorang datang lagi ye, insyaAllah..
hehe..

wassalam......:)

Sunday, October 23, 2011

tudung wanita- dari kaca mata seorang lelaki..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

hari tu aku ade sembang ngan studiomate aku (sembang ilmiah ok)..
dia seorang lelaki..
dan dia ade bitau aku sumthing yang aku akui jgk kebenaran nye..
dia kata dia tak berkenan kalo tengok perempuan pakai tudung instant..
nampak seksi katanye..
menampakkan susuk kepala (telinga, leher, sanggul)
aku no komen la sebab kawan2 aku ramai je yg pakai..
korang tau tak yg mane tudung instant? 
tuudiaaaaaaa...>>    

tapi bagi aku it's still okey lagi laa sbb tutup dada..
kalo nak dibandingkan dengan 'tudung bonggol unta' tu..
lagi teghoookk...
seram aku tgk..
mane tak nye, sanggul tinggi pelik je..
da macam orang2 zaman jahiliah dulu..
ape nak jadi ni?
dunia dah nak terbalik ka?
aiyoOO..

~what do you think about this picture?
Astaghfirullah..benda yan ditegah tu la jgk yg dorang nak pakai kn..
aku pon speechless dah..
tak tau nak habaq apa dah..
korang mungkin tak perasan atau tak tahu..
ni semua adalah helah dan tipu daya puak2 yang nak menjatuhkan agama islam..
dan kita janganlah mudah terjerat..
kuatkan iman..perkasakan akhlak..
doa moga2 dijauhkan dari benda2 cmni..



Ya Allah, bantu lah kami..:)
kuatkan iman kami upaya dapat mempertahankan agamaMu ,Ya Allah...
wassalam...:)

Friday, October 21, 2011

match futsal

Assalamualaikum...tak jawab dosa..kih3
aku baru je balik dari training futsal.
tup2! coach cakap ade friendly match..
haaa..excited + nervous..hehe~x leh blah kan..
tau tak ktorang lawan ngan sape?
ngan adik2 dari cfs derrr..
dorang main pon best gak..bangga aku :p
tapi disebabkan team uia gombak da ramai yg pro2 (TAK termasuk aku), sO dorang kena akur la.
ktorang menang 4-0 (kalo tal silap la)
tapi..aku bangga gak tgk cara adik2 PJ main..
ade nampak la gaya main tu..

boleh plak mase training mula2 tadi, aku injured.
hadOi, dugaan2..
tapi leh la jgk main.
tapi takde rembatan gol lagi tadi..
just try shoot je..:)
naseb baik coach tak marah..:p
haha..

haaa, cakap sal futsal kan. teringat plak aku kat studiomates.
tiap kali aku gi studio, ade je dorang duk menganjing kat aku..
siap bagi nick name kat aku, akmarooney la, akma drogba la..hahaa
padahal aku main futsal, bukannye football..haish
tapi aku tak kesah pun la.
aku bahagia je kat studio tu.
dorang sume baik2! (kembang laa dorang nanti haha)

teammates futsal aku pun okey..
baik je..
tadi aku siap tumpang kete senior pi lunch..

alhamdulillah..
aku bersyukur dengan hidup aku skrg..
yang penting, kalo ade ape2 dugaan atau ujian, kita jgn cepat melatah..
kita ade agama, kita ade iman..
kita ade Allah utk mengadu..                          
jangan simpan sorang2, nanti boOm meletup! hehe.
percaya pada rezeki Allah,
percaya pada ketentuan yg Allah da buat ciap2 utk kita..
ape2 yang terjadi PASTI ade sebabnye..
Allah takkan wat ape2 hanya dengan sia2 kan?              
sO, put your trust in HIM..
coz HE knows what is the best for us..
HE is the best planner.......:)
wassalam....:D

.:: 3rd project -URP .::

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 3 project da settle.
segala penat lelah, kesabaran telah membuahkan hasil yg insyaAllah, okey..
hopefully lecturers suke! :D

tapi nak siapkan project ni bukan senang..nak tak nak, terpaksa gak bersengkang mata wat keje.
nak score pointer la katakan..hehe.
>> kat bawah ni gambar ktorang meroyan tgh2 jalan on the way balik mahallah..don't try this at home k! hehe..

~aksi gila di tengah2 jalan..pale senget sbb ngantok sgt kOt..haha

haaa..gambar2 ni time balik dari studio..ce teka kul bpe time nih? 3 pagi derr~
kalo jalan sorang2 nih mau tercabut jantung..kui3~
(don't do this at home hihii)

haaa..ni tempat aku wat keje..sori bersepah..hehe~

~eca, add dan emilyn..studiomates aku yg paling rajin. haha~
chaiyOk3 :D

ni ustaz aiman..gaya dia takleh blah kan..mcm pro je..haha..
ape2 pn, all the best to you!

sO, kpd adik2 yg kat foundation lagi tu meh la join URP family.
leh duk kat studio lawa ni..
dapat plak lecturers yang baik2..
haaa..best2! haha..
dOakan kami dapat wat yang terbaik utk project2 akan datang..
thanks sudi bace..
tataaaa....
salam...:)

Thursday, October 20, 2011

woit! sOlat dulu laaaaa...

salam..
aku baru je balik dari kelas ni..
kul 7 sampai kat bilik..
peerrgghh..!!
HUJAN turun lebat gila kott..
hujan rahmat..
hmm...tapi aku basah lencun r..
sbb tak bawak payung..haishh
bayangkan ktorang balik kelas kul 6.30 td..
ingatkan sempatlah..
rupanya tak! kolej jauh..:(
huhu..
sempat ape??
solat laaa..huhuu..
sedih...=,=''
tadi kitorang lari2 sebab nak kejar asar yang bakal melabuh..
dalam hati ni risau la takot tak sempat..
haishh..menyesal plak tak solat kat kulliyah je tadi..huhu


tapi dalam pada sedih2 tu pon aku segera lah menunaikan kewajiban aku sbg hamba Allah..
wat yang fardhu..
then, qadha' balik solat tadi..
tambah sket yang sunat2..
nak tutup lubang2 kat solat fardhu tadi..
kot2 ade..(mg ade pun)
moga2 Allah ampunkan dosa aku..
dosa sbb silap mencatur masa hingga tergadai tiang agamaku yg satu..
lain kali harus dipikir 5, 6 belas kali dulu..
sebab sOlat ni perkara fardhu..
WAJIB!
Astaghfirullahal'azim..
huhuu..
cmne agaknya nasib kawan2 aku yang balik tadi ek?
sempat ke dorang?
hmmm..harap2 sempatlah..


::. moral of the stOry ~kalo tgh2 blaja tu terdengar azan ,cepat2 gi tunaikan kewajiban..
                                   belaja2 jgk, sOlat 1st! ~pesan kat diri sendri~
okay, dah..Assalamualaikum..........:)