Saturday, December 17, 2011

Oh, gay beragama ISLAM !

Assalamualaikum wbt kepada semua teman2. Alhamdulillah, sehingga detik ini kita masih lagi bergelar seorang muslim. ISLAM is our way of life :)


Baru-baru ni aku ade terbaca berita pasal lelaki gay Melayu ISLAM pertama yang telah berkahwin dengan kaum sejenis. Astaghfirullah ! tersentak seketika time aku baca tu. mana tak nya, budak pandai dan pintar yang mendapat tajaan Petronas cmtu pon leh jauh tersasar dalam mencari haluan hidup. melanggar fitrah sebagai seorang lelaki.


yes, mungkin ada faktor-faktor yang mempengaruhi dia memilih haluan hidup seperti ini. tapi jika kita renungi kembali mengapa dan kenapa dia sanggup melukakan hati ibu bapanya yang meletakkan sepenuh harapan agar dia boleh membela nasib keluarga kelak. namun, apakah sebab dia melakukan itu semua? mungkin atas dasar nafsu semata? wallahua'lam..tapi sebagai orang yang berpendidikan, kita seharusnya berfikir cara untuk menjauhi perkara yang ditegah dalam agama.


seriously, aku terkejut beruk. dia pon bukan nya calang-calang orang. student medic tu ! aku tak mahu buka aib orang lain, tapi mungkin kisah ni boleh dijadikan iktibar kepada kita semua bahawa ilmu dunia dan ilmu akhirat perlulah seimbang.


ingat tak tentang kisah kaum Nabi Lut yang kita selalu dengar mase kita kecik-kecik dulu tu? haaa, sekarang kisah tu kembali lagi dengan versi moden. nampaknye memang umat islam ni tidak belajar daripada sejarah dulu kan? dalam kitab suci Al-Quran ade menceritakan bagaimana Allah memberi balasan azab kepada mereka.


Dalam surah Asy-Syu'ara' ayat :172-173, yang bermaksud:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain.



Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk
membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk
menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan
(kufur dan maksiat)”.



sama-samalah kita berdoa agar dia diberi sinar cahaya untuk kembali kepada fitrahnya yang asal. jangan sampai Allah memberi azab.


:: diri ini juga masih tercari-cari rentak hidup dalam arus yang serba moden ni. hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari perkara yang menuntut kemurkaan Allah, dan sedaya upaya berusaha untuk mendekatkan diri kepada Nya :)


p/s: if we fulfill Allah's rights, HE will fulfill our rights.

No comments:

Post a Comment