Sunday, December 11, 2011

langit tak selalunya terang..


langit tak akan selalunya terang. samalah juga dengan kehidupan.
tak akan selalunya bahagia. tak akan selalunya berada di atas.

awan berarak mengikut fitrah. yang telah Allah tetapkan. samalah dengan kita. manusia.
kadang kala awan mendung menyapa. memberi khabar yang sukar diterima. tapi harus ditelan jua.

bila langit terang, manusia leka. lupa pada Sang Pencipta langit.
bila langit mendung, ingin mencurahkan isi perutnya ke bumi. manusia tercari-cari langit cerah yang menghiasi.

hujan turun membasahi bumi.


namun, manusia berasa kurang gembira. kufur nikmat Tuhan yang diberi percuma. merasakan kesukaran membuat aktiviti duniawi.
hujan itu adalah rahmat buatmu, wahai hamba Allah.
bersyukurlah..

apabila hujan berhenti, pelangi menonjolkan diri. Subhanallah ! indahnya ciptaan Mu.
baru sedar nikmat sebenar.

setiap apa yang terjadi mesti bersebab. Allah turunkan hujan untuk menghadiahkan kita pelangi indah.
itulah cara Allah memberi hadiah kepada hambaNya yang berfikir.
berfikir. ya, berfikir. itu juga cara untuk kau hargai nikmat akal dari Sang Pencipta..

alhamdulillah. thanks to Allah...:)


No comments:

Post a Comment