Saturday, December 17, 2011

Oh, gay beragama ISLAM !

Assalamualaikum wbt kepada semua teman2. Alhamdulillah, sehingga detik ini kita masih lagi bergelar seorang muslim. ISLAM is our way of life :)


Baru-baru ni aku ade terbaca berita pasal lelaki gay Melayu ISLAM pertama yang telah berkahwin dengan kaum sejenis. Astaghfirullah ! tersentak seketika time aku baca tu. mana tak nya, budak pandai dan pintar yang mendapat tajaan Petronas cmtu pon leh jauh tersasar dalam mencari haluan hidup. melanggar fitrah sebagai seorang lelaki.


yes, mungkin ada faktor-faktor yang mempengaruhi dia memilih haluan hidup seperti ini. tapi jika kita renungi kembali mengapa dan kenapa dia sanggup melukakan hati ibu bapanya yang meletakkan sepenuh harapan agar dia boleh membela nasib keluarga kelak. namun, apakah sebab dia melakukan itu semua? mungkin atas dasar nafsu semata? wallahua'lam..tapi sebagai orang yang berpendidikan, kita seharusnya berfikir cara untuk menjauhi perkara yang ditegah dalam agama.


seriously, aku terkejut beruk. dia pon bukan nya calang-calang orang. student medic tu ! aku tak mahu buka aib orang lain, tapi mungkin kisah ni boleh dijadikan iktibar kepada kita semua bahawa ilmu dunia dan ilmu akhirat perlulah seimbang.


ingat tak tentang kisah kaum Nabi Lut yang kita selalu dengar mase kita kecik-kecik dulu tu? haaa, sekarang kisah tu kembali lagi dengan versi moden. nampaknye memang umat islam ni tidak belajar daripada sejarah dulu kan? dalam kitab suci Al-Quran ade menceritakan bagaimana Allah memberi balasan azab kepada mereka.


Dalam surah Asy-Syu'ara' ayat :172-173, yang bermaksud:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain.



Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk
membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk
menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan
(kufur dan maksiat)”.



sama-samalah kita berdoa agar dia diberi sinar cahaya untuk kembali kepada fitrahnya yang asal. jangan sampai Allah memberi azab.


:: diri ini juga masih tercari-cari rentak hidup dalam arus yang serba moden ni. hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari perkara yang menuntut kemurkaan Allah, dan sedaya upaya berusaha untuk mendekatkan diri kepada Nya :)


p/s: if we fulfill Allah's rights, HE will fulfill our rights.

Sunday, December 11, 2011

langit tak selalunya terang..


langit tak akan selalunya terang. samalah juga dengan kehidupan.
tak akan selalunya bahagia. tak akan selalunya berada di atas.

awan berarak mengikut fitrah. yang telah Allah tetapkan. samalah dengan kita. manusia.
kadang kala awan mendung menyapa. memberi khabar yang sukar diterima. tapi harus ditelan jua.

bila langit terang, manusia leka. lupa pada Sang Pencipta langit.
bila langit mendung, ingin mencurahkan isi perutnya ke bumi. manusia tercari-cari langit cerah yang menghiasi.

hujan turun membasahi bumi.


namun, manusia berasa kurang gembira. kufur nikmat Tuhan yang diberi percuma. merasakan kesukaran membuat aktiviti duniawi.
hujan itu adalah rahmat buatmu, wahai hamba Allah.
bersyukurlah..

apabila hujan berhenti, pelangi menonjolkan diri. Subhanallah ! indahnya ciptaan Mu.
baru sedar nikmat sebenar.

setiap apa yang terjadi mesti bersebab. Allah turunkan hujan untuk menghadiahkan kita pelangi indah.
itulah cara Allah memberi hadiah kepada hambaNya yang berfikir.
berfikir. ya, berfikir. itu juga cara untuk kau hargai nikmat akal dari Sang Pencipta..

alhamdulillah. thanks to Allah...:)


pelajari sesuatu dari hidupmu !


jangan takut untuk berubah ke arah yang benar. percaya Allah sentiasa bersamamu.
jika selama ini kau hanyut dek duniawi. tiba masanya kau bangkit dari lena.
menggalas amanah yang tertinggal seketika.
kejarlah kembali masa yang telah kau buang.
bangkitlah. tabur budi untuk agamamu.

jangan takut wahai diri. 
cekalkan hati.
mantapkan peribadi.
agar setanding dengan yang berani.

Allah, ku mohon Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada kami.
hambamu yang selalu lena dan alpa.
jangan Kau biarkan kami terus leka dek arus moden yang menggila.
kami tahu ini ujian dari Mu.
yang tidak akan Kau berikan kepada hambaMu yang tidak mampu.

put your trust in Him :)
wallahua'lam..

Saturday, December 10, 2011

TIPS ATASI ZINA HATI


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Thursday, December 8, 2011

kita tak akan mati sebab kawan.

Assalamualaikum, kengkawan..
maaf..sorry..asif..sebab lama sangat tak update belog..maklum saje la ye, busy je sejak dua menjak ni.
submission for FINAL PROJECT is coming sooOOoonn...dup! dap! dup! dap! memang nebes (nervous) dan takot la jugak. FINAL kottt......!!!

hmm..actually bukan benda ni yang aku nak citer malam ni. but,,


kawan..sahabat..teman..rakan..
pada suatu masa dulu, aku rasakan tak dapat hidup kalo takde kawan di sisi (walaupun kawan gi toilet je jap).
tak tahu la kenapa. mungkin sebab aku dah terbiasa kot. mase di bangku sekolah dulu pun memang aku suka berkawan and ade ramai kawan (syok sendiri). sampai lah sekarang. da bergelar mahasiswi da pon (da besar dan panjang).

tapi lately ni aku rasa aku perlu berdikari sebab aku da tak nak da terlalu bergantung dengan kawan. kalo kita ade masalah, tak semua kawan sanggup spend mase dorang untuk dengar masalah kita. memang la ade tapi tak ramai kan? sebab dorang pon ade life gak. keje dorang pon belambak.

"jangan terlalu bergantung dengan orang lain, takot nanti kau jugak yang susah". ayat ni la selalu bermain di pale hotak aku. jangan salah faham, aku bukan da tak nak berkawan atau bersosial. aku memang suke bersosial. leh rapatkan ukhwah ngan teman2. tapi tak perlu kot 'teman yang rapat sangat2' tu. cukup lah sekadar kawan biasa2 je. nanti klo ade ape2 perselisihan faham, takde lah terasa sangat kan? terasa sangat sampai ke hulu yam. eh, silap. sampai ke hulu hati :p .
tapi bukan bermakna kita tak perlu jaga hati kawan. itu memang dah wajib la kan.

kalau tak pandai jaga hati kawan, baik tak payah ade kawan. betul tak? =,='

sO, aku da decided aku nak berkawan ngan semuaaaaaaaa orang. kawan rapat tu still ade. sampai dia perlukan aku la kot. huhu (ayat tacing je memanjang). hmm..

kawan2 selalu kata aku ni suke tacing la, suke merajuk la.
lantak lah.

yang pasti, aku terima kawan2 aku seadanya mereka.

betul lah,, nak jaga hati kawan susah sangat. apatah lagi nak puaskan hati orang di sekeliling.
memang tak termampu lerr kan..

sO, the best way is by satisfying Him.
with our 'ibadah to Him :)

p/s: to all my friends, please don't misunderstanding ok. i'm just telling what i feel. sorry if it makes you feel unsatisfied.

wallahua'lam...:)