Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah. ramadhan datang lagi!



Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi-Nya. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Sallahualaihiwassalam :)

Alhamdulillah..bersyukurnya kita kerana sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan ini yakni Ramadhan kareem.
di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. dan juga turunnya Al-Quran kareem. dan terdapat banyaakkk sangat keistimewaan  dalam bulan ini. betapa untung nya kita.
tahu kenapa? kerana Allah sangat sayangkan hamba-hamba-Nya. diberinya kita peluang untuk menggandakan pahala. buat ibadah digandakan pahala, tapi dibuat dosa tidak pula digandakan. Allah! kami sangat bersyukur menjadi hamba-Mu.


> keistimewaan ramadhan>
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang secukupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Saturday, July 14, 2012

Trend yang pelik. LOL~

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani :)


Al-kisahnya pagi tadi lepas balik dari hantar ibu pergi keje, dalam perjalanan pulang tu aku terserempak dengan sebuah lori yang membawa barangan stok makanan - supplier barang2 runcit la.
Tiba2 aku terpandang satu benda yang sangat asing bagi aku. meh aku tunjuk sket >>


zoom sket eh >



can you see thing in that red circle?
yes, a doll! hanging in the truck. do you know why it happens?


Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.


Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.



> tak perlu nak ikut sangatlah budaya orang luar tu. takut nanti lari plak akidah. nauzubillah.


#credits to http://addin77.blogspot.com