Sunday, June 3, 2012

~rezeki itu milik Allah~


Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Setelah sekian lama jari berhenti menaip di papan kekunci untuk meng’update’ blog, hari ni saya kembali semula. Kenapakah? Sebab saya sudah bebas dari exam! (untuk sem ni saje ye)
Hati gembira bukan kepalang. Maklum lah, tak sabar nak balik kampung untk menghabiskan cuti sem. Dapat jumpa ma dan abah. Rindunya keluarga di kampung!

Namun, kegembiraan yang saya rasa ni tiba-tiba hilang dan digantikan dengan perasaan sedih yang bukan kepalang. Terasa beratnya ujian yang diberi. Kenapa?

Okey, handphone yang baru saya beli (tak perlu sebut brand nya) telah pun dicuri. Ditambah pula, duit dalam purse pun kosong! Hilang. Lesap ! lepas exam laassttt payperrr tadi.

Tipu kalau saya kata saya tak sedih. Terkilan sangat. Sebab saya beli handphone tu pakai duit sendiri. Hmmm,, tapi saya kena redha. Pasti ada hikmah di sebalik. Mungkin Allah nak gantikan sesuatu yang lebih baik. Atau! Ianya cuma satu dugaan dan ujian kepada saya kerana mungkin saya pernah berasa riak ketika memakai handphone yang sedikit canggih itu. Muhasabah diri, beb! L

UJIAN..hmmm,, ye la, dah nama pun hamba Allah, memang LAYAK lah diuji. Kan?
Lagipun tu hanya harta dunia. Walaupun harga handphone tu mencecah empat angka, tapi saya harus redha. Ya! Sebab rezeki tu datangnya dari Allah. Dan Dia berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa. Kita hanya pinjam ok J

Harta tu boleh dicari lagi. Rezeki tu ada di mana-mana. (cuba motivate kan diri lagi) berdoa moga Allah bukakan pintu hati si pencopet itu untuk bertaubat. Lembutkan hati dia untuk pulangkan balik kepada yang berhak.

Tapi saya harus belajar dari kesilapan. Saya cuai ! ya, lain kali silalah berhati-hati ya, cik akma. Memanglah tu dah ditakdirkan berlaku, tapi saya pun kena lah berhati-hati juga.
Dan ! kerana saya sayangkan sangat nombor telefon tu (guna sejak form 5 kot), saya nak maintain pakai nombor tu. Ye la, semua nombor kawan-kawan ada save dalam tu. Tak nak lost contact ! So, esok insyaAllah saya akan ke pejabat celcom untuk renew nombor saya itu.
Moga dipermudahkan urusan. Ameen, ya Allah J



 


>balik cuti sem ni kena kerja keras sket. Nak kumpul duit beli yang baru. nokia 3310 pon okey ! :D