Saturday, February 26, 2011

...::: detik2 yang indah in CFS IIUM ,PJ :::...


      Bismillahirrahmanirrahim...Assalamulaikum pembuka bicara..as u know, aku dah 2 tahun dah blaja kt cfs iium ,pj ni..(center for foundation studies, international islamic university of malaysia) ..yeah! tu name pjg dia..mmg pjg btol la kn..hmm,, ni malam terakhir aku kt cfs ni..


SAYU! mmg sayu hati aku..x dpt nk digambarkn cmne perasaan aku skrg..seronok ade..sedih pon ade..seronok sbb leh balik umah n nikmati cuti puas2..yg sedihnye bila terpaksa berpisah ngn kwn2 (classmates, roomates, studiomates n etc)..mmg perasaan sedih tu lg menebal dr perasaan excited aku nk balik umah..sbb tu aku rela postpone kn hari aku balik umah..semata2 sbb nk spend time with my friends for the last time..SEBAK nye! isk isk isk..sabor kema sabor..:(


2 tahun aku kt sini, macam2 aku dah alami..pahit ,manis, tawar, masam (bau ketiak kot haha)..walaupon aku gelak tp dlm hati aku SEDIH tau! huhuu..banyaaaaaaaaakkkk sgt kenangan yg aku xleh lupa..start dr 1st  time masuk kelas bi (speaking dgn slang ganu nye hahaa)..smpailah ke subjek yg aku bru khatam sem ni, which were GC 2 (graphic communication) , statistics and ED (environmental design)..aku ase seronoo00kkk sgt2..sbb! sbb aku berpeluang nk cungkil bakat seni yg xbrape nk ade ni..tgn kayu, buta seni plak tu..atoyai..huu..but! i've tried my best! sbb aku dah janji kt parents aku..(wlapon x the best cm org lain) huhuu~
ni antara kenangan yg aku x leh lupa..it's a very memorable moment that i ever had..>>
   



   ~classmates English 1st sem 1st year ~
    >> yana, alia, shida, iel, aisyah, achik techik, ara, lisa, ana, farah, nisa n sume2 laa..i luv u all! kenangan ngn korang sume xkn aku lupa..best dpt kenal korang..huhu..jgn lupakn aku tau! hohoo00~


~my ro0mates~
sayaaaaang korang..!! aku hepi leh jd rumate korang..walaupon kdg2 kte punye pndangan dan taste yg berbeza..hehe..harap kte still contact each other walaupon kte lain2 department kt gombak nanti..huhuu (sedih la plak )


>> ni sume committee IDEA society..seronok dpt kenal korang sume! walaupon kdg2 ade slh phm time wat keje tu, tp mslh tu akhirnye dpt solved wisely..chill bebeyh..!!  haa, lupa..jd committee ni secara x lgsung dpt m'perbaiki keje n attitude aku..mybe lebih discipline dr dulu..or mybe lebih yakin ,or mybe skrg aku dah mampu wat keje2 ni sume..mmg betol kata pepatah, pengalaman mngajar kte ttg kehidupan..okey, chiil....:)


>> waaah,, sume nye pinky girls..haha..this is one of the best moment that i ever had in cfs..
nk g kem pon sempat lg ambik gmbar..haha..luv u all! <3

>> ni classmates arab aku..kenangan kte x kan aku lupakn..kenakalan korang dlm klas ngn ustaz K tu mmg aku akan ingat smpai bila2..haha..insyaAllah..annur, biha, mimi, ida, tika, bella, ara n so on laa..luv u all!


haaa..!! ni lg satu benda yg aku xleh lupa..main futsal wakil IDEA..shida, nad, peanut, ika, sarah, jiha, hajar, raja, kyrah..seronok dpt kenal korang. main same2..mmg xleh lupa..huhu..kpd junior2 akak, jgn sia2 kan bakat yg ade ok..main lg tahun depan k..akak tggu kt gombak..chill..:)


>> ni time AGD ,,studiomates ED studio 5..sume comey2 blake dgn theme back to school <3


    
   ni time bosan duk dlm bilik, masing2 plak lapar perut..so, pakat g kuar mkn nasi pakapau..peeerrghh..!! best gler dowh.. pasni mmg rindu gle2 kt abg2 pkapau ni..eh2,, silap..rindu kt nasi pakapau la, jgn slh phm..hahaa




    
   ni studiomates GC aku..hepi leh kenal korang! sporting abes..dgn bro kte yg sporting abis tu..peeergh,, ikhlas aku ckp, mmg aku fun blaja kt studio 9 mastered by bro. rifzal <3 u all..





  this is my studiomates. always in my mind.insyaAllah ; ana, DG, ainul, fiza, yana, ara, syeera, nisa, bella, farahAznil, najla, edry, faiz, haris, azim, n zizul..x lupa kpd studio master kte, bro.rifzal..comel n sporting! suke2! hehe~in my memory..<3


 dah! ni sume kenangan2 yg aku x leh lupa la..senanye ade lg, tp xkn nk letak sume kn..kne la tapis2 jgk..hahaa.. aku ase cm sedih sgt nk tinggalkn cfs..sbb kt sini lah tempat aku bertatih blaja english, blaja drawing, colouring, mengira, construct bangunan, technical drawing n byk lg laa..mesti aku rindu gile kt member2 yg slame ni sabar je duk layan karenah aku ni..huhuuu..i will miss u all...!! aku x tau dh nk ckp ape..yg penting ,aku pasti akan RINDU gle2 kt cfs n knangan2 kt sini..SAYANG nye nk tinggalkn tmpat ni..siyes! 
okey laa, aku ase kt sini je la aku full stop ea..ape2 pon, aku mestilah terima hakikat bahawa aku harus maju ke depan..jgn toleh2 dh kt blkg..i mean, forward to main campus n say bye to cfs..huhuu~
  okey laa, dah ngantok dh..assalamualaikum semua..c u in gombak ,okey? hehe..tata titi tutu..>>
  wssalam............

Thursday, February 24, 2011

::..membaca al Quran ubat menenangkan hati~





AL-QURAN adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan Allah. Oleh itu, kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca, memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)


Oleh itu, jelaslah al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain diberi ganjaran, membaca al-Quran juga menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang jiwanya tidak tenteram.

Berkaitan hal ini, seorang lelaki menemui Ibn Mas’ud meminta nasihat untuk dijadikan penawar bagi mengubati jiwanya yang sedang resah-gelisah, fikiran tidak tenteram, tiada selera makan dan sukar tidur.

Ibn Mas’ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya lelaki itu perlu melakukan tiga perkara iaitu; pertama, membaca al-Quran atau menghadiri tempat orang membaca al-Quran serta mendengar baik-baik bacaan ayat suci al-Quran.

Kedua, menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkan hati kepada Allah dan ketiga, memohon ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran serta kemurnian hati. Andai jiwa masih juga tidak terubat dengan cara itu, mintalah daripada Allah supaya diberi hati lain, kerana hati dimiliki bukan hatinya.

Lelaki berkenaan mengamalkan perkara yang dinasihatkan Ibn Mas’ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Perlu dijelaskan, membaca al-Quran sama ada memahami maknanya atau tidak adalah ibadat, amalan salih dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Di samping itu, ia juga memberi cahaya yang menyinari hati, keluarga dan tempat al-Quran itu dibaca.

Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Membaca al-Quran tidak sama dengan membaca buku, majalah atau komik kerana al-Quran adalah wahyu Allah. Jadi, membacanya sudah tentu mempunyai adab tersendiri yang mesti diikuti supaya bacaan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sama ada untuk dirinya sendiri atau pendengar.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin memberi garis panduan berkaitan adab membaca al-Quran, iaitu adab batin dan zahir. Dimaksudkan adab batin ialah memahami ayat dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalam Allah, menghadirkan hati, memperhalusi perasaan dan jiwa.

Dengan adab batin ini, kandungan al-Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam lubuk hati si pembaca.

Adab zahir pula banyak dan perlu dipatuhi antaranya membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan membaca di tempat bersih seperti di rumah atau masjid.

Bagi mereka yang berupaya memahami makna dan maksud ayat dibaca, hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Lidahnya menuturkan bacaan kalam Allah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti terkandung dalam ayat dibaca.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Jika al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 82)

Mereka yang dapat memahami kandungan al-Quran, akan berupaya melaksanakan segala ajaran terkandung dalam ayat dibaca. Ketika membaca ayat tasbih maka lidahnya akan memuji Allah. Apabila membaca ayat doa dan istighfar, pembaca akan berdoa dan memohon keampunan Allah.

Membaca al-Quran, sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau tidak, tetap akan menerima ganjaran pahala daripada Allah. Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadat. Namun, balasan atau ganjaran yang diberi berbeza, bergantung ciri atau adab membacanya.

Pahala orang yang berupaya memahami makna tersirat dalam kalam Allah, menghayati dan berupaya mengambil iktibar, serta patuh pada adab ditetapkan tidak sama dengan pahala mereka yang membacanya tanpa memahami makna dan tidak mematuhi adab.

Namun, dalam apa juga keadaan sekalipun, kesan terhadap pembentukan peribadi orang yang membaca dengan pemahaman makna dan dapat mengambil iktibar daripada ayat yang dibaca tentunya berbeza dengan orang yang membaca al-Quran tanpa penghayatan dan memahami makna.

wassalam dr saya......:)