Tuesday, December 14, 2010

~happy with the best malay novel of the decade ~

   salam..haa, cube korang teka ape yg wat aku gembira sgt ni?? hehe..ish, lmbat laa korang teka..meh sini aku gtau ea..haaa, senanye aku agak obses ngn novel karya HLOVATE..best gler kot..kalo korang bace ,mmg ade byk moral value nye..okey laa, aku xnak ckp byk kali ni..layyaaaannnnnn je laaaaaa....


ni laa novel hlovate yg aku beli td.
tajuk : Aa+Bb..


mmg x dinafikan da ramai yg bace novel ni kn..tp aku mmg da lame da cari novel ni..tiba2 kt cenfos iium ni ade wat book sales..ape lg, aku n kawan2 g laa try survey kot2 ade buku best2 kn..tup tup! ni haaa,jmpa novel hlovate..haish! ase cm nk melompat pon ade gk..haha..
for ur info ,aku da bace da novel dia yg sebelum ni tajuknye, VERSUS, ROOFTOP and 5 TAHUN 5 BULAN tuh..tp yg tu aku pnjam yg kwn punye..kali ni aku beli ngn duit sndiri (duit elaun lg tepat) , so msti laa kita lg appreciate benda yg kita beli sndiri kn..walaupon aku mmg xpndai jaga bg sndri..heehe..
haa, esok nk cari yg tajuk TUNAS plak! yeay2! haha~excited doe..

~Tunas~

5 tahun 5 bulan~

tp siyesly aku ckp, mmg novel2 karya hlovate ni byk beri aku semangat nk blaja n yg paling penting isi novel ni byk bg moral value kt pembace ye..
nk tahu ape yg istimewanye karya hlovate ni. lu pkir laa sendri! haha..xde laa, meh aku nk gtau..sume novel2 beliau ade selitkan sal nilai2 moral n nilai agma jgk..tu yg aku interested sgt nk bace tuh..
cter ye byk sal asam garam sbg remaja..remaja yg pd mulanye tiada didikan agama yg ckup n moral plak out, tp dorang berubah kearah kbaikan..so, we take the advantage to improve ourselves dgn bace cter2 ni..
mmg kena la ngan jiwa kita sbg remaja ni..
in the nutshell, novel2 beliau mmg aku kagum n aku dah admire sume novel2 ye..

*aku x sabar nk tunggu karya beliau yg seyerusnye................
tu je laa utk ari ni ..smoga berbahagia hendaknye ye...
salam syg dari sy, akma.................:p

Saturday, December 11, 2010

:: PC fair ~klcc ::

  Bismillahirrahmanirrahim..dgn name Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyanyang..rase syukur yg tidak terkira dipanjatkan ke hadrat Ilahi krn dgn limpah dan rahmatNya kita masih lg dpt bernafas dan masih berkesempatan nk tmbah saham kt akhirat sane..waaah, pjg tol mukadimah aku ni..1 nafas je bace ni tau! haha..Assalamualaikum wbt pembuka bicara..firstly, to u all yg baca ni aku ucap thanks byk2 k krn sudi luangkan mase korang utk bace aku punye blog..




    okey laa, senanye aku and member2 bru je balik dr PC fair yg berlangsung kt KLCC..ayyoooooo..,,byk penat meh! longgar sume skru2 kt lutut aku ni..hahaa..ape tak nye, sume booth ktorang singgah..rumate aku nk beli external..so, kne laa g round2 dlu g survey2 brg tuh..hee..okey2 ,aku x nak cakap byk dah..penat ni pon x hilang lg.. so, ni ade beberapa pic yg aku sempat ambik..lu pk laa sndri! haha..jom layaaannn...~~


~suasana kt dlm hall tu~

ntah gmbar sape la, aku main snap je..haha~


: dah penat jalan2 ,aku pon ambik la gmbar ngn si cute ni..hee~

~ni je brg2 yg aku beli..hehe~


haaa, tu je la gmbar yg aku nak tnjuk kt cni..xleh laa tnjuk sume, kne laa tapis2 gk kn..hehe..okey laa, beta hendak pergi beradu dahulu yep..hehe..have fun k!
Wassalam.............................
ssgguhnya yg baik dtg nya dr Allah ,yg buruk silap sy sndri..
salam syg dr sy, akma :)



Wednesday, December 8, 2010

..:: Muhasabah Maal Hijrah ::..



alt
Assalamualaikum pembuka bicara..Alhamdulillah kerana kita masih sempat bertemu dgn tahun baru dlm kalendar islam iaitu  muharam 1432H..terase begitu cpat mase berlalu..huhu..di sini aku sediakan satu puisi yg indah utk santapan jiwa kalian..baca dan hayati lah.....

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


~bersempena dgn tahun baru mengikut kalendar islam ni, 1432H mari lah kita sama2 menanam azam utk mengukuhkan dan memantapkan lg iman kita yg kita sndri sudah sedia mklum akan tahap nya: tebal atau sekadar senipis kulit bawang?hmm..oleh itu, adalah lebih baik kita muhasabah diri dgn mencari kelemahan, lantas memperbaiki nya..
~hidayah itu milik Allah dan hanya Dia yg berhak dan berkuasa utk memberi hidayah kpd sape2 yg Dia kehendaki..tetapi, adalah lebih baik jika kita, sbg hamba Allah yg hina lg dhaif ini ,berusaha mencari, merayu dan memohon kpd Nya agar diberikan hidayah..kerana jika Allah telah menutup pintu hati seseorg itu, maka tiadalah bg nya cahaya hidayah utl slama2 nya..
~so, sebelum nyawa kita ditarik ,kita masih ade peluang utk berubah dan membuat anjakan paradigma dgn meninggalkan segala perbuatan buruk dan larangn Nya..dan berazam tidak akan mengulangi nya..dan dlm pd memenuhi tuntutan agama, kita juga digalakkn melakukan amalan2 sunat spt yg dicontohi Baginda Rasulullah saw..


~ sy rase setakat ni dulu warkah utk kalian..moga di ambil segala iktibar..minta diampunkan  jika ade sape2 yg terase dgn diri yg serba kekurangan ini..
wassalam :)

Monday, December 6, 2010

~hipokrit..so what??


"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik laweyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"
Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.
Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?
Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menangis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"
rasenya jawapan tu bru dpt tutp mulut2 busuk yg  duk mengata..ssungguhnya Allah Maha Mengetahui segala ape yg ade dlm hati kte..dan Allah menguji kte krn ingin melihat sejauh mane tebalnye iman kte..nk lihat setakat mane kte mampu b'sabar dgn dugaan yg diberi..dan yg paling penting, sesungguhnya Allah paling suke apabila kita, sbg hamba Nya dtg merayu, menangis, mengadu dan memohon pertolongn kpd Allah..krn mmg itu fitrah kte sbg manusia..DIA lah tempat kita b'gantung dan memohon p'tolongan..
semoga kpd sape2 yg nak berubah kearah yg lebih baik tu, please go on..pedulikan apa yg orang kata..yg penting, Allah sentiasa b'sama kte..
kat sini sy sertakan lirik lagu yg begitu memberi semangat dan menimbulkan rasa cinta kita kpd Allah sedalam2 nya..insyaAllah~~
 Insha Allah – Maher Zain
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way


Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way




                                           sekian..wassalam.. :)

:: ber'couple' cara islam?? hmm..~~


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. 

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu. insyaAllah..