Wednesday, March 23, 2011




Ya Allah...

aku menangis..
aku menjerit dalam hati...
tiada siapa yang dengar..
mmg itu yang ku mahu..
agar tiada siapa yang akan bersimpati kpd ku..
aku x mahu kawan2 tahu..
xnak mereka sesakkan fikiran mereka hnya kerana masalah aku ni..
aku menjerit dalam hati..
sambil terus berfikir mengapa ini semua terjadi kpd ku..
lantaran itu, aku memohon petunjuk drpd Sang Pencipta..
agar hati merasa lega..
setelah mendapat petunjuk dr Yang Maha Esa..
aku gagahi jua langkahku..

ketika matahari menimbulkan wajahnya..
aku gembira tidak terkata..
tetapi tiba-tiba hujan turun membasahi bumi..
aku tercari-cari matahari yg tadi..
dimanakah cahaya matahari yg menerangi alam tadi?
aku tertanya2 mengapa tiba2 hujan..
sebenarnya Allah sengaja ingin menghadiahi kita pelangi yang indah..
yang dapt menerangi dan mewarnai hidup kita seluruhnya..


maksud kata2 ni membuatkan aku menarik nafas lega..
terasa longgar sedikit skru2 di otak ku..
aku percaya bahawa setiap apa yang terjadi..
pasti akan ada hikmah yang menanti..
kerana Dia lah 'The best Planner' ..
yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya..

aku sama sekali tidak menyalahkan takdir..
mungkin itu juga salahku sendiri..
cuba untuk memuhasabahkan diri..
mencari penyelesaian adalah jalan terbaik..
drpd menyalahkan orang lain atau diri sendiri..

tiba masanya aku berhijrah..
berhijrah dari kekusutan dan kecelaruan ini..
peganglah kata-kata ini..
"pastikan hari ini lebih baik dari semalam 
dan esok lebih baik dari hari ini"
hidup perlu diteruskan..
walau berliku onak dan duri yang harus ditempuh..
akan tetapi utk menyerah kalah
tidak sekali-kali..

gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya..
malah kegagalan itu adalah permulaan sesebuah kejayaan..
jatuh ,bangun, rebah, tersungkur..
menjadi asam garam dalam kehidupan..
demi mengajar diri utk menggapai cita..
teruskan usaha!
kerana Allah melihat usahamu..
tidak memandang hasil yang banyak..
hanya mengira titisan peluh dan jerit payah dlm berusaha..

Ya Allah..
aku memohon kpd Mu..
agar dipermudahkan segala urusan ku
di dunia dan juga di akhirat..
mengejar akhirat ,menggendong dunia..
permudahkan lah Ya Allah..
Rabbul 'alamin..ameen...:)


>> luahan hati si penulis..>>
terima kasih kpd sape2 yg baca luahan hatiku..aku kecewa kerana kehilangan sesuatu..akan tetapi tetap     pasrah menerima qada' dan qadar Allah Ta'ala..moga ini akan menjadi titik kpd kejayaanku..ameen..:)


No comments:

Post a Comment