Friday, March 25, 2011

>> nakaL ke aku ni?? hmm..

Jelas kedengaran bunyi bising dan riuh rendah dari kelas 2 Gigih, yang memang terkenal dengan pelajar-pelajarnya yang nakal..tidak terkecuali juga aku..


maklum saja la, kelas kedua dari belakang semestinya pelajar2 yang 'reject' dari segi pelajaran dan perangai. 
cikgu-cikgu sudah pening kepala memikirkan masalah pelajar2 yg bermasalah ini..seperti mencurah air ke daun keladi~nasihat cikgu2 kami biarkan berlalu di cuping telinga..

walaupun belajar di sekolah agama, aku juga remaja seperti biasa, sikap yang nakal memang sudah sebati dengan jiwa aku sejak dibangku sekolah rendah lagi. walaupun aku sedar aku hanya seorang perempuan yang sememangnya lemah..


di dalam kelas, aku anti dengan seorang budak lelaki kelas aku. nama nya faiz..
kami selalu bergaduh..(berperang mulut je la)..
tapi aku bukan anti kaum Adam..cuma aku tak suka perangai dia yang berlagak otai kat sekolah ni..bajet sekolah ni bapak dia yang punye..(bukan bapak aku punya jugak) haha..

pada satu pagi di dalam kelas, aku menegur faiz..


"wey, nape ko pakai celak haa? sampai ke bawah2 mata pun kau pakai..ko nak jadi ahli gothic ke? dah macam monkey dah aku tengok..!" aku berkata sambil sengih menganjing. 
kawan2 yang mendengar kata2 aku tadi terus ketawa terkekek-kekek..


faiz yang bengang kerana malu terus rasa tercabar mendengar kata2 aku yang mencemuh nya itu..
dia pun berlalu pergi..


aku tidak tahu kenapa dia tak membalas kata2 aku tadi..aku membuat andaian, mungkin hari ni dia tak mahu mencari gaduh dengan aku..okey, aku anggap ianya selesai di situ..rupa2 nya...


lepas masa rehat tamat, aku dan kawan2 masuk ke kelas untuk meneruskan pembelajaran subjek berikutnya, iaitu sejarah..walaupun subjek ni sangat2 lah aku fobia, tapi aku gagahi jua langkahku..ya, aku mengaku aku memang nakal..


dalam kawan2 aku, aku lah yang paling kasar dan agak tomboy..tapi senakal2 aku ni, tidaklah sampai ponteng kelas atau ponteng sekolah..


tidak pernah dipanggil oleh guru disiplin kerana masalah disiplin..ini lah yang membezakan aku dengan faiz dan kuncu2 nya..
dorang selalu keluar masuk ke bilik guru disiplin atas kesalahan disiplin seperti merokok di kawasan sekolah, ponteng kelas dan macam2 lagi..
sebab ini lah aku tak suka dorang..


aku masuk ke kelas dengan selamba walaupun tahu telah lambat 10 minit..


"eh, mana cikgu ni? tanya aku kepada izzati..aku ingatkan aku yang paling lmbat masuk kelas, rupanya cikgu salleh lagi lambat..hehe". aku tersengih mengejek.


"cikgu ade mesyuarat la, kema". jawab izzati. hatiku berbunga riang kerana aku tidak perlu belajar sejarah pada hari itu..yeay!!


tiba-tiba, aku seperti terperasan sesuatu..


"eh, mane beg sekolah aku ni?? sape curik ni weh?! 
ni yang aku marah ni!" 


aku mencari2 beg kesayangan aku itu..namun, tidak juga kelihatan..
tiba2, rakan sekelasku menunding jari ke arah kipas siling di atas kepala ku..
ternyata beg sekolahku digantung di kipas kelas..(ish2, beg comey tu)


"weh! sape yang buat ni haa?? kuang hajo betol laa! ni mesti kerja si faiz and the geng kan?!" aku bertanya umum kepada semua..


satu kelas mengangguk-anggukkan kepala..


"memang kau saja nak cari pasal ngan aku kn, faiz!". desis hatiku..


sekilas aku ternampak faiz and the geng lepak2 di tangga berdekatan..


"weh! kau yang sangkut beg sekolah aku kat atas kipas kan?! apa masalah kau haa?!"..


faiz menjawab sambil tersenyum sinis, "sape suh kau gelakkan aku pagi tadi. kau cakap aku mcm monkey kan? haa, ambik laa balasan kau..hahaaa"..


dia dan kawan2 nya gelak sakan (mmg seiras ngan monyet la time tu).."aku gtau kat cikgu disiplin! biar padan muka korang!".ugutku..


aku pun berlalu menuju ke bilik guru disiplin..dari jauh mereka memandang aku sambil tersengih2, menandakan mereka tidak takut dengan ugutanku itu..


teman2 ku takut akan ada masalah dengan si faiz itu jika membela ku..siapa yang tak kenal dengan faiz si kurus keding yang terkenal dengan sikap nakal+jahat nye itu..


aah,,aku tidak peduli! lantas, aku pergi sendirian ke bilik guru disiplin..sampai saja di bilik guru disiplin, ternyata bilik itu kosong, lengang dan sunyi sepi..


"haish, mane sume cikgu ni pergi.cikgu disiplin pun xde ni..huhu". gumamku sendiri..


dengan rasa kecewa, aku pun balik ke kelas sambil ligat berfikir mengapa faiz sanggup membuli perempuan dengan cara itu..huhuu~ ahh,persetankan! dia memang setan..harapkan muka je comel..tp perangai, hampeh sehampeh-hampeh nya! huhuuu~~


               ----------------------------------------------------------------------------------------


"fahimtum?". ustaz bertanya ke kelas setelah selesai penerangan lebarnya tentang fe'el amar itu. "fahimna, ustaz." satu kelas menjawab..


aku tidak menjawab kerana aku memang tidak tumpukan perhatian di dalam kelas bahasa arab itu. ini satu lagi subjek yang tak minat. 


"eh, kema.sedar diri la sket, ko kan blaja kat sekolah agama, memang la kena blaja arab.kalo xnak blaja arab, blah la kau g sekolah kat kampung tu.terus jadi jahat.bkn nakal dah, tp terus jadi jahat." bebelku dalam hati..


aku dihantar belajar di sekolah agama pun sebab family nakkan yang terbaik untuk aku.. mendekatkan aku dengan persekitaran islamik dan mendapat pengisian rohani yang baik..biar aku menjadi seorang manusia..tapi....ntah lah.....


malang nya, kema yang nakal ni tidak peduli akan semua itu..yang penting ,dia gembira dengan dunia nya sendiri..buat apa saja ikut suka hati tanpa mempedulikan orang lain..huhuu..bila nak berubah ni der~~~


"akma." ustaz memanggil namaku..aku tersentap.lamunanku berkecai.."ya, ustaz?"aku menjawab dengan bermalas-malasan..


"cuba jawab soalan kat white board ni." gluurrpp! alamak! "apa yang aku nak jawab ni.sepatah haram pun aku xpaham apa yang diajar." bisikku..apa tidak nya, masa ustaz mengajar aku sempat lagi tido dan makan2..


maklum saja, tempatku memang sangat strategik utk melakukan 'benda keji' tu ,kerusi paling belakang.terperosok dari pandangan cikgu2..


"em..em..tak tahu, ustaz..saya rabun, tak berape nampak la ape yang ustaz tulis time mengajar tadi..tulisan ustaz tu kecik sangat kot..hehe.." aku menjawab dengan penuh ke'selamba'an dengan alasan yang xberape munasabah dan munasarawak itu..


"kalau dah tahu mata tu rabun, nape pegi duduk kat ceruk belakang tu? ish..ish..ish." aku terkulat2 di belakang kelas..semua mata memandangku.. 
Ustaz Abu bakar hanya mampu menggelengkan kepala tanda sudah malas hendak melayan karenahku..aku tersenyum puas.."fuh! selamat aku."


                  -----------------------------------------------------------------------------


"haaa..!!"..nisa menyergahku dari belakang.."ape yang kau menungkan tu? sampai berkerut2 muka kau aku tengok.hehee"..dia tersenyum geli hati..


"hehe..xde lah, aku cuma teringatkan kenakalan aku masa sekolah dulu.ish3, nakal betol aku weh..dengan budak laki pun nak gaduh..huh."


..aku sebenarnya dah menyesal dan cuba nak berubah ke arah yang lebih baik..dah tak mahu nakal2 lagi dah..


"alaa, kema..xpe laa. semua manusia buat salah kan..lagipun semua tu kan dah berlalu. sekarang ni kau dah besar, dah 20 tahun tau. dah bergelar mahasiswi dah pun..


xyah laa duk terkenangkan kenakalan kau yang dulu2 tu..yang penting diri kau sekarang ni..kau kan dah berubah..dah tinggalkan perangai kau yang dulu2 tu kan..
xpe, aku kan ade..aku akan selalu bantu kau "..kata2 nisa membuatkan aku terasa terharu.."terima kasih, sahabat."


di dalam hati, aku panjatkan seribu kesyukuran kerana dikurniakan kawan yang sangat memahami seperti dia..yang aku paling bersyukur, ialah kerana diberikan peluang utk aku berubah..menjadi hamba Allah yang lebih baik..ameen..


aku pun setuju dengan kata2 nisa tadi tu..kita tidak boleh terbelenggu dengan zaman silam kita..
kita harus bangkit untuk berubah ke arah yang lebih baik..


ada banyak sebab mengapa aku tidak lagi nakal seperti dulu..dan sebabnya biarlah aku dan Sang Pencipta saja yang tahu..


yang pasti, walau senakal atau sejahat mana pun kita, kita still ade peluang utk berubah selagi nyawa x terpisah dari jasad..walau sebesar mana dosa kita, besar lagi pengampunan Allah kepada hambaNya..subhanallah~~


>> diceritakan kisah benar penulis ketika berada di tingkatan 2 di SMKA Durian Guling..
(sedikit ubahsuai dibuat utk menarikkan lagi cerita)..bukan utk membuka pekung di dada atau menjaja cerita, tetapi hanya sekadar perkongsian untuk tatapan kalian..yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk kita jadikan sempadan..


wallahua'lam..ilalliqa'..assalamualaikum >>

4 comments:

  1. ahahaha..cube try test bace dulu..kih3

    ReplyDelete
  2. ahahaa..baru tahu kah? benor nye byk lg, sapa kne rOtan pun ade.tp x kan nk cite semua kn..kui3

    ReplyDelete