Sunday, August 12, 2012

.:: kahwin muda ::.

Assalamualaikum wbt to all readers..
Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya, topik ni boleh dikatakan sebagai topik lapuk kerana sudah lama ia diperkatakan dan menjadi bahan bualan terutama kepada pelajar universiti yang masih muda.

Pada pandangan saya, tiada cacat celanya kahwin muda ni. malah ia sangat digalakkan dalam islam. Ye la, boleh elak maksiat. Gejala sosial pun berkurang.

Tapi kebanyakan remaja sekarang menyalah ertikan konsep kahwin muda yang disarankan oleh agama. ia dapat dibuktikan apabila terdapat banyak kes penceraian yang melibatkan pasangan muda yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Ya, bercerai itu dibolehkan dalam islam sebagai jalan akhir untuk menyelesaikan masalah rumahtangga. Allah benarkan tapi pada masa yang sama perkara itu juga dibenci oleh Allah. Seboleh-bolehnya janganlah kita buat perkara yang dimurkai Allah.


Oleh sebab itu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga haruslah berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sudah tentu membina masjid adalah satu perkara yang sangat baik dan disarankan oleh agama, akan tetapi jika ia mengundang permasalahan kepada kedua-dua pasangan, maka lebih baik ia dikaji dan difikir terlebih dahulu.


hukum perkahwinan: 


Ulama’ berbeza pendapat dalam hukum perkahwinan berdasarkan kepada keadaan iaitu samada wajib, haram, makruh, harus dan sunat. Sebahagian ulama’ membahagikan hukum kahwin ini kepada 5 bahagian mengikut keadaan dan maslahat.


1. Wajib
Bagi orang yang yakin akan terlibat dengan zina jikalau tidak berkahwin dan dia merupakan seorang yang mampu dari segi zahir dan batin.
Dengan kata lain, menjaga kebersihan diri daripada melakukan zina adalah wajib dan jika kewajipan ini tidak dipenuhi kecuali setelah berkahwin, maka hukum perkahwinan itu adalah wajib.

2. Sunat
Bagi orang yang ingin berkahwin dan berkemampuan dari segi zahir dan batin tetapi dia masih lagi mampu menahan dirinya daripada melakukan zina dan maksiat.

3. Haram
Haram bagi mereka yang tidak dapat berlaku adil dan tidak mempunyai kemampuan zahir dan batin

4. Makruh
Bagi seseorang yang lemah tenaga batinnya ataupun kurang mampu memberi nafkah kepada isterinya, maka kahwin baginya adalah makruh.

5. Harus
Ini merupakan hukum asal perkahwinan. Tiada sebab yang mendorongnya untuk berkahwin ataupun halangan yang menghalang baginya berkahwin.

( Rujukan : Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab 

Syafie. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)



Antara alasan yang biasa diberikan oleh pasangan muda yang ingin berkahwin.



"...daripada kami buat perkara yang tak elok, lebih baik kami kahwin je..."

Ini adalah salah satu alasan terlalu common yang diberikan. mengapa sempitkan fikiran kita bahawa kahwin adalah satu-satunya jalan penyelesaian kepada permasalahan budaya coupling? Jika dirasakan sudah bersedia dari segi kewangan, cukup ilmu agama, dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri, then it should be proceed. Benda yang baik patut disegerakan. Tapi jika dirasakan kewangan belum stabil dan belum mampu untuk pikul tanggungjawab yang besar gedabak tu, maka niat hendak berkahwin itu boleh ditangguhkan. Cara terbaik nak kekang nafsu adalah dengan cara berpuasa. Sesuai dengan sabda Nabi SAW kepada sahabat baginda yg bernama  'Utsman bin Mazh'un RA :



"Sesungguhnya aku biasa tidur dan solat, berpuasa dan berbuka, dan aku menikahi wanita-wanita. Maka bertakwalah kepada Allah, wahai 'Utsman, kerana sesungguhnya keluargamu memiliki hak yang menjadi kewajipanmu, tamumu memiliki hak yang menjadi kewajipanmu, dan jiwamu memiliki hak yang menjadi kewajipanmu. Maka puasalah, berbukalah, solatlah (pada sebagian waktu malam) dan tidurlah (pada sebagian waktu malam)".


"...kahwin ni kan sunnah, lagipun islam galakkan penganutnya berkahwin awal..."

Terdapat segelintir manusia yang suka menggunakan agama sebagai alasan terbaik untuk bernikah. Serupa juga apabila seorang suami yang ingin bernikah lagi akan menjadikan Rasulullah sebagai role model dengan alasan ingin mengikut sunnah Baginda yang bernikah lebih daripada seorang.

Seharusnya dalam setiap perkara Rasulullah dijadikan sebagai "qudwah hasanah" atau contoh yang baik kepada seluruh umatnya. Bukan hanya stick kepada perkara yang berkaitan dengan perkahwinan sahaja. Seharusnya amalan-amalan dan sifat-sifat Baginda yang lain (dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara) patut dijadikan contoh. Yang penting kahwin bukan berlandaskan nafsu semata-mata tetapi niat ingin mendapatkan zuriat yg akan menegakkan panji islam di muka bumi Allah. Dan jika niat memang untuk mengikut sunnah Nabi, maka ia sangat-sangatlah digalakkan.



"...kawan-kawan saya ramai dah kahwin, saya pun nak jugak..."

Perbetulkan kembali niat berkahwin. Atas sebab apa kita ingin berkahwin? Jika hanya ingin mengikut peredaran masa atau keadaan sekeliling yang memaksa kita untuk berkahwin, maka berlaku kesilapan yang besar di situ. Perkahwinan bukanlah satu experiment yang kita boleh lakukan uji kaji ke atasnya. Boleh buat try and error. tidak boleh sama sekali. semua manusia inginkan perkahwinan yang berkekalan hingga ke syurga, bukan?

Justeru, dalam membuat keputusan, haruslah berfikir secara rasional dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ini kerana, lain orang lain situasinya.Setiap orang punya situasi yang berbeza. Sebagai contoh, mungkin teman kita berkahwin pada usia yang muda, namun dia telah bersiap siaga dari segala aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang suami atau isteri yang baik. Maka, kita tidak boleh menjadikan teman kita sebagai kayu pengukur untuk kita turut sama punya perasaan untuk berkahwin. Tidak salah untuk mencontohi benda yang baik, tetapi jangan ikut nafsu, seharusnya ikut akal yg realistik.




Sebenarnya semasa kita masih di dalam kandungan ibu lagi Allah telah tetapkan siapa pasangan kita. Justeru, kita seharusnya tidak perlu risau jika masih tiada tanda-tanda bahawa kita akan mengakhiri zaman bujang. Percayalah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dia lebih tahu tentang kita. Jika jodoh kita belum sampai di usia muda, mungkin kerana kita belum lagi bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Tanggungjawab dalam membina baitul muslim.

Keadaan ini juga sama apabila terdapat pasangan yang sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Ini mungkin kerana pasangan itu belum bersedia sepenuhnya untuk bergelar ibu bapa. Selain itu, ia juga salah satu ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang dipilih. Wallahua'lam :)



# Tumpang gembira kepada sahabat-sahabat yang telah mendirikan baitul muslim di usia muda. ahh, cepatnya jodoh dia sampai. hehe. moga-moga kekal hingga ke syurga. ameen. . .


Assalamualaikum wbt :)

No comments:

Post a Comment