Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan
Maha Penyayang. Segala puji bagi-Nya. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi
Sallahualaihiwassalam :)
Alhamdulillah..bersyukurnya kita kerana
sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan ini yakni Ramadhan
kareem.
di dalamnya terdapat malam yang lebih
baik dari seribu bulan. dan juga turunnya Al-Quran kareem. dan terdapat banyaakkk sangat keistimewaan dalam
bulan ini. betapa untung nya kita.
tahu kenapa? kerana Allah sangat
sayangkan hamba-hamba-Nya. diberinya kita peluang untuk menggandakan pahala.
buat ibadah digandakan pahala, tapi dibuat dosa tidak pula digandakan. Allah!
kami sangat bersyukur menjadi hamba-Mu.
> keistimewaan ramadhan>
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi
Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas
kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak
terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan
hambanya dari azab api neraka.
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya
dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan
Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada
bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka,
dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada
seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu
berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan
kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu
segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan
puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang
datang itu dengan seberapa baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat
kesimpulan:-
1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa
bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah
setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak
ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan
maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat
persiapan yang secukupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.
No comments:
Post a Comment