Tuesday, May 31, 2011

.:: AEDians’ stOry 1 ::.

Hatiku berbunga riang untuk memulakan sem baru. Rasa gembira tidak terkata kerana dapat bersua kembali dengan kawan2 sem lepas. Tambahan lagi, tahun ni aku menjadi kakak kpd junior2 yang baru sahaja memulakan studies mereka di UIA, PJ yg indah ini.

“Hai, Kema. Long time no see. Hehehe,” tiba2 Nisa menyapaku setelah mengamati sebatang tubuh yang berada di hadapan nya. Takut tersalah orang barangkali.

“Nisaaa…!! Rindu bangat sih sama kamu.” Tiba2 slang indon mane aku kebas. Hakikatnya, memang aku sangat2 merindui kawan2 ku. Kami bersalaman mesra.

“Hehehe..aku pon rindu mu gok. Eh, Kema, mu duk bilik mano?” Nisa bertanya dengan slang klate nye yg pekat.
“431. Bilik besar tau. Hehehe”. Gurauku ala2 gaya show off.

“Eh, bajet aku buleh bilik kecik la? Aku pon bilik besar gak la. Hahaha.” Nisa geli hati.

“Hahaha..yeay! same2 la kita berbahagia di bilik besar ye..hihihi. baru la selesa kalo nak buat project nanti. Hehe. ” Terkekek-kekek aku ketawa. Memang aku terasa sangat gembira kerana setahun lepas aku menghuni di bilik kecil saja. Tapi aku still bersyukur. Hehe.

“Eh, mu roomate nge sapo?” Tanya Nisa sambil menahan kuap. Penat mungkin. Maklum saja, perjalanan dari Kelantan ke KL mengambil masa selama 8 jam jika menaiki bas. Jika menaiki train hampir separuh hari la jawabnya. Mau kematu punggung dibuatnya.

“Aku maintain ngan roomate lame sorang je, Tika. Azza dan Dayah pendatang baru..hehe. moga2 kitorang pon satu kepala gak. Hehe.” Harapku.
“Moga2 la dio tok sepalo nge mu. Mu kan palo biul. Hahaha.” Nisa ketawa terbahak-bahak. Hilang sudah rasa mengantuknya.

“Hahaha. Takpe la, biul tu la yg beshhh. Ape kes nak skema2. Hehehe.” Balasku sambil mata menjamah pemandangan di lobi Khadijah College a.k.a KC ini. Terasa sangat rindu.

“Hahaha..doh2, jom la kito naik atas. Kalu laye ke mu ni sapa subuh pon dok abis. Hahaha.” Nisa mungkin sudah mahu tercabut uri nya akibat gelak tadi.

“Jom. Aku pon dah tak sabar nak jumpa dengan roomates aku ni. Hehe.”
Kami pun segera menekan button lif untuk naik ke atas. Tidak mungkin aku mahu memanjat tangga dengan barang bertan-tan berat nya ni. Mahu lebam biru bahu aku nanti. Sesampai saja di bilik, aku disambut dengan riang oleh roomates ku. Dalam hati aku berharap kami akan selesa dengan satu sama lain. Ameen.

                           ------------------------------------------

“Weh, kau dah siap belum task GC yang Bro suruh buat tu?” Ana bertanya sambil tangannya cekap menggulung tracing paper bersaiz A3. GC stands for Graphical Communications. Core subject kami.

“Eleh, small the pieces la, Ana. Nanti sehari sebelum submission day aku buat la. Bro kita tu kan baik. Hehe.” Jawabku selamba. Tangan ligat menyusun kepingan drawing block ke dalam fail agar mudah dibawa balik.

“Banyak la kau punya baik. Bro tu belum tunjuk belang dia lagi tau. Sekali kau kena marah ngan dia, mau seminggu kau tak lalu makan. Hahaha.” Saja Ana mengusikku. Tapi memang benar. Sekalipun Bro Rifzal memang sangat sporting, tapi dia tidak akan sekali-kali berkompromi jika ade student yang tak siap kerja.

Whatever la, ana. Yang penting Bro kita memang baik. Lalalaaa.” Balasku dengan gaya gedik.

“Hahaa..ye la, Kema. Weh, jom la kita wat sama-sama GC malam ni. Port macam biasa la. Hehe.” Ajak Ana sambil mengemas barang2 drawing. T-square dipegang erat.

“Okey, set! Aku tak ade hal punye. Aku ajak Nisa sekali ok.” Balasku ringkas. Kaki menapak keluar dari studio sambil membawa barang2 GC yang gedabak punya saiz. Kelihatan ramai lagi student lain yang meneruskan kerja di studio masing2. Fokusnya dorang buat kerja, bisikku.

Kami memang suka settlekan kerja2 GC di bilik Farah Aznil, tokey supplier barang2 GC. Terasa selesa membuat kerja di biliknya. Mungkin kerana kedudukan biliknya yang tinggi membangkitkan lagi rasa  nyaman. Lagipun, seronok dapat melakukan kerja bersama2 dengan studiomates. Dapat bertukar2 pendapat. Lain orang lain kreativitinya.
                              -------------------------------------

“Azza, Madam Jue suruh kita buat design cmne ye? Aku kurang paham la briefing ED tadi.” Tanyaku sambil menguyah makanan.

“Tu la kau, Kema. Time Madam briefing, kau main2 kat belakang. Kan sekarang dah ternganga kau. Hehe. Okey la, tadi Madam suruh kita cari design untuk third project kita tu. Tectonic namanya. Madam suruh kita cari design yang extraordinary sket. Kita kena usaha lebih sket la.” Jawab Azza bersungguh-sungguh. Dia memang terkenal dengan design2 yang out the box. Luar alam punya idea.

“Haa.. tu laa, tadi aku ade gak dengar Madam sebut tonic2, aku ingatkan air isotonic 100 plus tu. Hehehe. Dah tu korang dah fikir belum design nya?” tanyaku lagi sambil mencapai bungkusan air sirap bandung lalu menyedut nya hingga hilang rasa dahaga di tekak.

“Belum lagi la, Kema. Kau ingat senang ke nak fikir design. Punya la susah ilham tu nak datang. Aku ni still tak dapat gambaran lagi ni tau. Huhu.” Jawab Tika. Matanya tidak berganjak dari papan skrin laptop dell nya itu. Seronok benar menonton drama korea.

“Takpe2, nanti kita fikirkan sama2 ye. Try surf kat internet. Dalam internet tu segala benda ada. Cari design yang extraordinary sket. Baru la Madam rasa  impress nanti. Hehe.” usulku.

Memang menjadi lumrah kami sebagai students AED untuk menyiapkan task2  dan project2 yang diberikan oleh lecturer. Dan sudah menjadi lumrah bagi aku yang kurang rajin ni, suka menyiapkan kerja pada masa last minute. Sehari sebelum submission day adalah hari yang paling busy bagi kami. Tiada masa untuk bermain, untuk menonton movie, jauh sekali untuk keluar shopping. Masa untuk tidur pun dah dicuri oleh masa untuk wat project. Memang penat dan tension, tapi ianya sangat berbaloi. Kita akan rasa puas dan bangga kerana dapat membuat project hasil titik peluh keringat kita. Walaupun tidak la sekreatif mana.

“Kema, jom tengok movie! Tajuk ‘hantu kak limah balik rumah’. Orang kata citer ni best tau.” Ajak Dayah, sempat lagi mempromotekan citer tu. Bukan selalu ade peluang menonton movie macam ni.

“Waah, sounds good. Nak2! Azza, Tika, moh ler join sekali.” Ajak ku sambil mencapai ‘jajan’ yang aku beli di kiosk petang tadi.

“Nasib baik dia tak buat tajuk ‘hantu kak midah balik kedah’. Haha.” Gurau Azza. Tiru ayat dalam maharaja lawak barangkali.
Kami menonton citer itu dengan gelak ketawa. Bagai hilang segala tension yang bersarang di kepala. Best jugak kalo macam ni setiap hari. Hehe. Tapi macam mustahil aje.

Hari2 yang kami lalui sepanjang sem ini terasa sangat cepat berlalu. Mana kan tidak, project demi project kami settlekn, task demi task kami bereskan. Ditambah lagi dengan subject2 yang lain. Memang tiada langsung masa untuk berfoya-foya. Tapi sejurus saja lepas submit project, kami semua akan terbongkang tidur tanpa ambil kisah dengan keadaan sekeliling. Kalau ade gempa bumi, sudah pasti kami akan tertimbus sekali. Tak pasal2 masuk front page kat harian metro. Grrrr, ngeri.

                           --------------------------------------

“Weh, korang. Jom gi pasar petang ni. Aku teringin nak makan nasi kerabu mak cik tu la.” Aku mengajak classmates English ku merangkap studiomates aku jugak.

“Baik punya idea! Aku nak join sekaki. Ana, amacam?” balas Farah. Kedengaran seperti sangat excited nak gi ke pasar. Gaya macam dah setahun tak gi sana.

“Aku okey je. Moh ler sape2 yang nak join lagi.” Ana bersuara agak lantang hingga mengejutkan lecturer yang tengah mengajar.

“Ye, sape tadi yang sebut pasal pasar tu? Harap sabar ye anak2, kejap lagi abis la kelas kita ni. Sabar ye.” Sinis benar gurauan Madam Habibah. Kami ketawa geli hati. Nasib baik Madam faham. Kepala kami pun dah tepu dengan pelajaran English yang tak pernah abis2 ni.

“Farhana ni madam. Tak sabar2 nak gi pasar petang ni. Nak jumpa sape ntah kat sana. Kih kih kih.” Usikku sambil kembali tekun menyalin note di white board.

“Eh, aku plak yang kena. Suka suki aje kau ni ek.” Tangan Ana mencubit pehaku tanda tak puas hati.  Tak terasa pon. Haha.

“Kema, nanti kita singgah warung abang yang jual ‘nasi pakapau’ tu ea. Aku mengidam nak makan la.” Tiba2 Yana bersuara. Memang nasi itu sangat famous di kalangan students uia pj dan sekitarnya. First time aku makan pun memang superb la rasa dia. Memang takde jual kat ganu punye lah.

“Mengidam? Haiyoo, dah berapa bulan ni? Kah kah kah.” Geli hatiku dengar word ‘mengidam’ tu.

“Eleh, kau nak beli ‘nasi pakapau’ ke kau nak usha abang yang jual tuh? Kih kih kih.” Sambung Farah terus menyakat Yana.

“Ek ena, takde kerja la aku nak gi usha abang tu. Muka takde la hensem mane. Aku beli pun sebab nasi dia masak tu best la. Tu aje.” Yana menyangkal dengan selamba.

Memang dia terkenal dengan wajah yang tenang. Kalo Bro marah pun, sempat lagi dia tersenyum. Macam nak mintak makan tapak kasut Bro aje gayanya. Haha.
Petang itu kami berlima pergi ke pasar. Rasa seperti baru keluar dari Penjara Kajang saje. Maklum la, asyik terperuk je kat dalam CFS. Sekali sekala boleh keluar memang best. Petang tu kami membeli sakan. Segala makanan yang tekak terasa nak lalu, terus dibeli. Oblong, nasi kerabu, apam balik, buah epal dan macam2 lagi. Haila, mujurlah pasar ni seminggu sekali. kalo ade tiap2 hari, mau kopak poket kitorang. Ahh, tak kesah lah. Janji hidup bahagia.

                             --------------------------------------

“Woit, Yana! Pasang lah lagu sket. Boring la buat kerja sunyi sepi macam ni.” ujarku sambil membetulkan pinggang yang sudah lenguh. Memang best kalo dengar lagu time wat kerja ni. Takde la tension sangat. Keadaan dalam studio GC memang sunyi sepi jika kami semua sedang fokus membuat kerja. Hanya kedengaran bunyi kipas siling yang laju berputar.

“Okay, bos. Nak pasang lagu ape ni? Rock kapak ke nasyid ke? Hehe.” soalnya sambil tersengih sumbing. Gaya soalan pun macam langit ngan bumi.

“Lagu ape2 je la. Yang penting best. Telinga aku ni takde la memilih sangat. Dengar aje semua. Lagu jiwang pon okay gak. Hehe.” sempat lagi aku membuat request.

“weh, bro datang la. Jom la ajak bro karaoke sekali. Haha.” sengal betul cadangan Farah ni. Kut ye pon nak ajak bro nyanyi, takkan dalam studio kot. Ingat ni studio jamming ke? agak la kan. Haha.

Lagu diperlahankan sedikit. Tapi masih jelas di cuping telinga. Bro memang faham jiwa kami yang tak boleh sunyi ni. sebab bro lebih makan garam dari kami. Tapi takde la sampai sakit darah tinggi. Hehe.
Kedengaran lagu ‘tinggal kenangan’ dendangan Saleem memenuhi ruang studio 9. Kepala terangguk2 sambil mechanical pen menari-nari di atas kepingan tracing paper. Membuat lakaran pelan di atas tracing paper bukan lah suatu perkara yang mudah. Kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Perfect.

                             ----------------------------------------

“Nad, amacam practice futsal malam ni? Jadi tak?” tanyaku dengan perasaan teruja. Memang la excited nak main futsal. Best kot. Fact yang kata futsal ni game untuk kaum Adam je, memang auta la. Masing2 punya taste. Memang tak sama.

“Hmm. Aku beres je Kema. tapi players lain aku tak tahu la. Nanti aku tanya dorang ok. Then, aku inform kat kau.”

“Okey, set! Nanti apa2 kau text je aku. Bola ade dengan aku tau. Nanti aku bawak gi kat court.” Excited betul kalo cakap pasal futsal ni. Memang dari kecik aku jatuh cinta dengan sukan ni. Gara-gara suke sangat teman bapak aku tengok bola. Hehe.

“Jiha, penat ke main tadi? Macam semput je akak tengok. Hehe.” aku bertanya ketika kami sedang berehat selepas penat bermain futsal.

“Penat tu semestinya la akak. Tapi best! Boleh sihatkan badan. Lemak2 ni haa, dah beransur blah dah. Hehe.” balas Jiha sambil mengesat peluh yang menitik. Air 100 plus dicapai. Terus disedut hingga hilang rasa dahaga. Penat bebenor la tu.

“Haha. Betul gak cakap Jiha tu. Kalo dah syok sangat main, penat pon dah tak terasa tau. Hehe.” Shida mengiakan.

“Jiha tu penat sebab asyik sepak kaki orang je. Dah naik bengkak dah kaki kak nad ni tau. Asyik kena sepak je. Haha.” Ketawa pecah. Alaa, normal la tu. Baru first time main la katakan. Hehe.

“Hehe. sori la kak nad. Tak sengaja la. Dah tu saya nampak kaki kak nad dah macam bola dah. Tu yang saya sepak tu. Hehe.” ketawa pecah lagi. Macam2 la dorang ni.
Malam tu kami practice yang lebih kepada main2. Tak serius lagi. Just nak lepaskan gian lama tak main futsal. Nak sihatkan badan jugak. Dalam masa yang same, nak cari pelapis untuk SMAC yakni hari sukan yang bakal kunjung tiba. Seronok betul kami main malam tu. Sambil2 tu boleh la kenal junior2 yang baru masuk ni. Nak eratkan ukhwah la katakan. Hehe.

                            --------------------------------------

“Assalamualaikum.” Aku masuk ke dalam kelas selepas memberi salam. Salamku dijawab oleh lecturer foreigner yang iras2 penyanyi Maher Zain itu. Terasa laju degupan jantungku bila mata kami bertembung. Haish, boleh tergugat iman aku. Mujur lah, dia sudah berkahwin.

“Hmm. Why are you late, sister?” Tanya Bro Mootaz. Terbantut seketika sesi pembelajaran. Semua mata tertumpu padaku.

“Errr. I’m so sorry, Bro. I was overslept. But, I’ve tried to come early. I’m really not meant it, bro.” Jawabku dengan sedikit gagap. Spesis keadaan macam ni la yang buat aku cuak ni. Time ni kalo nak kentut pun ,mesti angin tak berani nak keluar. Angkat bendera putih, beb. Dah la speaking berterabur, grammar tunggang bin langgang. Mau tergeliat lidah aku asyik dok speaking omputeh je dalam kelas ni. Aku sabar sebab aku suka belajar dalam kelas ni. Subject statistics plus English. 2 in 1. Just like Milo fuze.Hehe.

Okay, then. You may sit down. Next time please come early to my class, okay sister?” Bro memang terbaik! Saya janji takkan datang lambat lagi. Kecuali kalo overslept macam tadi. Hehe.

Okay, you have quiz today. Please keep all your books. I want to test your knowledge about topic sampling.” 
Glurrpp! Aku menelan liur. Ada quiz la plak. Haishh.
Kelembutan suara bro tak mampu nak redakan hati aku yang tengah bergelut sekarang. Aku risau dan takut kalo aku tak tak boleh jawab quiz ni. Aku langsung tak buat revision untuk topic ni. Mati aku! Eh, silap. Padan muka aku! Sengal bin sengau. Sape suruh tak study. Padan muke aku! Aku menjawab quiz pada hari itu setakat yang aku tahu saja. Moral of the story, please be prepared all the time. Jangan lepas terjatuh baru nak tengadah.

                             ----------------------------------------

“Kema, jom join kitorang gi dengar talk. Tajuk dia macam best je, pasal ‘coupling’. Kau kan suke tajuk2 macam ni. Hehe.” Ida mengajakku. Dia sememangnya gemar pergi ke tempat ta’alim seperti itu.

“Bila tu, Ida? insyaAllah2. Aku memang interested nak dengar kalo tajuk2 cmni. Hehe. tapi aku tak boleh janji la, takut aku ada kerja lain plak.” ujarku sambil tersenyum. Memang aku rasa sedikit teruja untuk mengetahui lebih lanjut pasal issue ni. confuse pasal hukum bercouple ni.

“24hb ni. Lusa malam. Kat Lecture Hall A. pukul 8.45 malam. Aku lupa plak sape yang bagi talk tu. Ustaz kat UIA jugak kot. Jom la. Hehe. Mimi ngan Ikmal pon join sekali tau.” ajak Ida bersungguh2. Kalo nak ‘amar ma’ruf mana boleh acuh tak acuh. Ida yang aku kenali memang seorang kawan yang baik. Balance dari segi ‘hablumminannas’ dan ‘hablumminallah’. Dia jaga ibadatnya dengan Allah, dan jaga hubungannya dengan kawan2. My idol kot.

Malam itu kami pergi mendengar talk yang bertajuk ‘bercouple, haram atau tidak?’. Banyak persoalan yang dapat dirungkai melalui talk ini. Memang couple itu haram jika niat kita hanya untuk berfoya2 dan bukan untuk berkahwin. Kerana ia hanya mendekatkan kita kepada zina. Sesuai dengan ayat Allah, ‘la taqrobuzina’ ,bermaksud ‘janganlah kamu mendekatkan diri dengan zina’. Simple kan? Tapi ramai yang susah nak ikut. Semuanya berbalik pada hati masing2. Wallahua’lam.
                                                  >> to be continued.......

2 comments:

  1. ak la kema ak !!! hahahaha mane??? -deqda

    ReplyDelete
  2. ahahaa..deqda sengal. haha. nantkan episode 2. aku letak name ko besar2 ye. haha

    ReplyDelete