Friday, August 12, 2011

Tazkirah Ramadhan : لو كان بيننا

LAW KAANA BAINANA bermaksud jika dia (Rasulullah SAW) masih ada.
Subhanallah..tidak pernah terlintas di kotak pemikiran bagaimana jika dapat bertemu dengan Rasulullah SAW . Hendak bermimpikan Rasulullah pun dirasakan tidak layak. Andai Rasulullah masih ada, pasti dunia tidak akan sepincang ini. Pasti Rasulullah akan mengetuai umat islam unyuk menentang kafir yang sentiasa menunjukkan permusuhan terhadap umat islam. Pasti umat islam sekarang kembali menakluki dunia seperti zaman kegemilangan pemerintahan Rasulullah SAW dahulu.

Persoalannya, di manakah semangat juang Rasulullah SAW itu diletakkan pada diri umat islam kini? Umat islam sekarang pincang kerana urusan agama diletakkan ke tepi seolah-olah ianya tidak penting dan hanya akan menghalang mereka dari melakukan itu dan ini. Urusan dunia diutamakan! Tanda2  kiamat sudah semakin dekat, ya sohabati.

Cuba kita ingat kembali sejarah peperangan dulu. Sebagai contoh, ketika perang Badar, tentera islam sedang berpuasa. Bayangkanlah bagaimana berperang ketika sedang berpuasa, dan menang dalam peperangan tersebut. Kita boleh nampak betapa kuat iman mereka terhadap Allah SWT. Berpuasa + berjihad! Jika dibandingkan dengan umat islam kini,  bagai langit dan bumi. Bekerja penat sedikit pun sudah mengadu lapar. Begitu rapuh nya iman. Astaghfirullah..
Cuba tanya kepada diri sendiri, apakah yang ingin aku ucapkan jika berpeluang berjumpa dengan Rasulullah SAW?

“Yaa, Rasulullah! Kami begitu merinduimu ya Rasul Allah, ya Nabi Allah”.
“yaa Rasulullah..moga2 kami dapat mengikut jejak mu dan dapat berjumpa dengan mu di syurga firdaus”.
“Yaa, Rasulullah! Maafkan kami kerana tidak mampu mempertahankan agama yang diperjuangkan oleh mu suatu ketika dahulu. Ramai umat mu kini telah murtad, yaa Rasulullah! Tidak kurang juga yang beragama islam hanya pada nama. Kami tidak mampu untuk berbuat apa2..maafkan kami yaa Rasulullah..huhu “.
Mungkin itu yang akan diungkapkan oleh kita jika berpeluang bertemu dengan baginda walau hanya di dalam mimpi.

Yaa, Rasulullah. Pinjamkanlah kepada kami semangat juang dan akhlak murni mu, ya Rasulullah. Supaya iman kami tidak lagi rapuh. Engkau lah sebaik-baik contoh. Qudwah hasanah kami. kami sangat merinduimu..Jom basahkan lidah berselawat ke atas baginda! :D

*sekadar luahan hati untuk kesedaran bersama :)

2 comments:

  1. salam;
    manusia sekarang anggap agama sebagai pelengkap hidup saja..yg penting sekarang dunia,kekayaan,pangkat dan kuasa..mereka sangup buat apa saja utk semua itu tapi tak buat apa2 utk agama cukup sekadar sembahyang 5 waktu itupun utk diri sendiri saja..

    ReplyDelete
  2. hmm, betol3..kejar dunia, dapat lah dunia tu..tapi kejar akhirat, dunia dapat akhirat pon dapat..pokok pangkal nya diri kita jgk :)

    ReplyDelete